[url=http://www.glitter-graphics.com][img]http://dl3.glitter-graphics.net/pub/437/437843yn4bmybu6n.gif[/img][/url]

Thursday, September 22, 2011

I luv u syg :)

lame sye ta update blog nie, sye na knl kn dkt kowng smue dgn seseorg yg da bertahta di dlm ati sye pd 14/09/2011 aritu.. 

saye sayang dye sampai bile bile, bg saye dye adelah cinte pertama n terakhir saye <3
                                                                  Edan Qulai - jaya 
                                                                  06 Februari 1992 
                                                               
Dalam kesempatan ini, saye na ucapkan Selamat Hari Raye kepade semue yang beragama Islam sahaje.. walaupun raye da dekat na abis..then, aq na tnjuk gak lah bju raye aq..huhu    

  tadaaaaaaaaaaaaa !! (^_^) cantek tak..huhuh

okeylah, ini je yg saye na bgtaw dkt kowng smue.. hope kowng suke la ye..Opps !! sblm tu saye na bgtaw..kowng jgn lak na terpikat dgn dye, dye milik saye.. ok ? smpai sini je, saye mahu ttow lah.. nantok taok.. (~_~)
                                                                

Tuesday, July 19, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Bertahan Lama

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

sekadar hiasan :)


Cara Terbaik Untuk Memutuskan Hubungan Dengan Pasangan

Bile tengah boring2..aq bace la majalah..bile bace majalah..aq terjmpe lak artikel nie..yg mungkin boleh buat korang sedar..so? ari nie,aq na kongsi nan korng semue cmne cara-cara untuk putuskan hubungan dengan baik aq hope korng enjoy ye time bace entry nie..walaupun ta seberape.. :)

1. SIMPATI
- Jangan sesekali kamu melibatkan diri dengan tabiat ini kerana bersimpati dengan orang yang sepatutnya memang digalakkan tetapi apabila kamu berasa kasihan dengan orang yang salah kamu yang akan mendapat padahnya. Mulanya kamu tidak suka pada si jejaka tetapi disebabkan rasa kasihan dan tidak sampai hati melihat  kesusahan keadaan dirinya kamu terpaksa menerimanya juga.

2. MASA TERLALU SINGKAT
- Perkenalan untuk tempoh jangka masa yang lama amat penting untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing kerana adakalanya perangai manusia tidak dapat ditafsirkan dan dilihat dalam masa yang singkat. Ada kemungkinan perhubungan yang dijalinkan sepanjang tempoh itu belum lagi matang dan terdapat lagi kekurangan yang belum ditunjukkan oleh pasangan kamu.

3. ATAS DASAR KAWAN
- Elakkan bercinta dengan pasangan kamu kerana termakan pujukan rakan. Jika si jejaka orang yang elok dan bertanggungjawab maka tidak mustahil untuk kamu memilihnya. Tetapi jika si teruna jenis yang bermasalah sedangkan waktu itu kamu sudah berpasangan dengannya maka kamu yang akan menyesal kelak.

4. PERCUBAAN
- Perkara ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana bercinta bukannya perkara mainan yang boleh dicuba-cuba. Kadangkala tabiat ini akan membuatkan kamu jatuh cinta kepadanya tanpa disangka-sangka sedangkan dari mula perkenalan kamu memang tidak mahu menjalin apa-apa hubungan dengannya.

5. KESAN NEGATIF
- Kamu akan berada di dalam dilema dan kemungkinan mendapat tekanan kerana kecelaruan perasaan antara suka dan simpati serta merosakkan hubungan antara kamu dengan lelaki berkenaan yang sebelum ini merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah serius.

gambar hiasan :)


8 Tanda Kekasih Berubah Hati

Walau pun ada di kalangan lelaki yang memandang remeh tentang sesuatu perkara,misalnya terlupa untuk menghubungi kembali kerana terlalu sibuk dengan kerja,boleh mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi teruk dan seterusnya membawa kepada pergaduhan.bagaimanapun mmg terdapat tanda2 nyata bahawa si dia sudah tidak mahu ada komitmen dengan anda.


berikut adalah tanda2 yang patut anda ambil perhatian:
1.Berubah laku terhada pasangan
-kebanyakkan lelaki memiliki tabiat tersendiri dlm perhubungan dan anda mendapati bhw si dia tidak lagi melakukannya sejak kebelakangan ini.Adakah kelakuannya pelik dari kebiasaan?adakah si dia menatap mata anda apabila anda berbual dengannya?jika si dia bertandang ke tmpt anda,apakah die berjalan dan kemudiannya memegang tangan anda ataupun tidak lagi memperdulikan kehadiran anda?fkr fkrkan lah.

2.saya.saya dan saya
-apabila berbual bual si dia tidak lagi menggunakan perkataan 'kita'berbanding biasa.apa sja yang diperkatakannya lbh kpd mementingkan keperluan dan kehendak dirinya sendiri.lelaki sebegini sebnarnya tidak lg menumpukan sepenuh perhatian kepada anda.mungkin ada perkara lain yg telah mengalih tumpuan sejak kebelakangan ini.boleh jd si dia telah pun bertemu gadis lain yg jauh lbh baik ataupun si dia telah tawar hati dan tidak lg memiliki perasaan istimewa terhadap anda.

3.Tidak sukakan gaya anda.
-cuba anda perhatikan si dia tatkala keluar membeli belah.adakah dia memncadangkan anda supaya membeli pakaian yg berlainan drpd yang anda selalu pakai?ataupun si dia selalu meluahkan rs tidak selesadgn penampilan anda?ini blh dijadikan antara petanda bhw lelaki tersebut sudah tidak berminat dgn diri anda lg.

4.Tidak lg menghubungi
-sibuk bekerja bukan lg sesuatu alasan utk tidak menghubungi teman istimewa anda pada setiap hari.menerusi perantara komunikasi canggih hari ini sperti telefon bimbit,internet,emel dan sbgainya seharusnya memudahkan anda menitipkan khabar buat si dia yang tersyg.jika teman anda sering terlupa menghubungi sama ada die benar2 terlupa atau sengaja berbuat demikian.teknologi sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya.

5.sukar utk dijejaki
-pernah atau tidak anda berhadapan dgn situasi yg mana teman lelaki anda enggan menjawab panggilan telefon yg diterima apabila berada di sisi anda?adakah dia dengan pantas menyembunyikan email atau apa saja yg sedang dilakukannya sewaktu melayari intenet?maknanya dia sedang menyembunyikan sesuatu drpd pengentahuan anda.

6.asyik bergaduh
-bergaduh itu pengikat kasih sayang.tetapi jika berlanjutan tnpa kesudahannya ia bukan sahaja boleh memburukan keadaan bahkan merumitkan lg perhubungan cinta anda berdua.cari jln penyelesaian terbaik dan kaji sama ada perkara yg menjd bhn tikaman lidah itu berbaloi ataupun tidak sebelum mengakhiri perhubungan.

7.tidak lg galak berbual
-perbualan anda berdua semakin hari semakin hambar dan tiada isi langsung.si dia tidak lg suka memperkatakan dgn lbh lanjut ttg sesuatu perkara berbanding dahulu.dia akan memberikan bermacam macam alasan agar anda tidak mengajaknya utk berbuat panjang.

8.tiada masa hadapan.
-perhubungan yg serius perlu ada perancangan utk hidup bersama iaitu perkahwinan.kenal pasti hala tuju dlm perhubungan anda.sudah tentu anda tidak mahukan cinta anda kecundang di tgh jalan bukan?jika si dia secara terang terangan tidak mahu berkahwin dgn anda.inilah masa yg sesuai utk anda menilai semula perhubungan anda bersamanya,kesimpulnya jgnla membuang masa dgn cinta yg tiada matlamat....




sekadar gambar hiasan :)


Monday, July 18, 2011

Tanda-tanda LELAKI SETIA kepada kita :)

Bile tgh boring2 sambil dengar lagu PERCAYA PADA LUKA - NASHRIN ..Tibe2 pulak tercetus idea untuk aku menceritakan dkt korang semue tanda lelaki sayang/setia terhadap kita.. So? Ari nie aku na share dekt korng semua berdasarkan pengalaman aku sendiri juga.. :)

Apabila orang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras , tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.

1.    1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2.    2.  Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap
3.   3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4.   4.  Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5.   5.   Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6.   6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7.   7.  Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8.  8.  Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian         kepadanya.
9.   9. Adakalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
1010.Dia menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
1111.Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
     12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

gambar sekadar hiasan :)


se





='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/emotionicon.js' type='text/javascript'/>