[url=http://www.glitter-graphics.com][img]http://dl3.glitter-graphics.net/pub/437/437843yn4bmybu6n.gif[/img][/url]

Tuesday, July 19, 2011

Cara Terbaik Untuk Memutuskan Hubungan Dengan Pasangan

Bile tengah boring2..aq bace la majalah..bile bace majalah..aq terjmpe lak artikel nie..yg mungkin boleh buat korang sedar..so? ari nie,aq na kongsi nan korng semue cmne cara-cara untuk putuskan hubungan dengan baik aq hope korng enjoy ye time bace entry nie..walaupun ta seberape.. :)

1. SIMPATI
- Jangan sesekali kamu melibatkan diri dengan tabiat ini kerana bersimpati dengan orang yang sepatutnya memang digalakkan tetapi apabila kamu berasa kasihan dengan orang yang salah kamu yang akan mendapat padahnya. Mulanya kamu tidak suka pada si jejaka tetapi disebabkan rasa kasihan dan tidak sampai hati melihat  kesusahan keadaan dirinya kamu terpaksa menerimanya juga.

2. MASA TERLALU SINGKAT
- Perkenalan untuk tempoh jangka masa yang lama amat penting untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing kerana adakalanya perangai manusia tidak dapat ditafsirkan dan dilihat dalam masa yang singkat. Ada kemungkinan perhubungan yang dijalinkan sepanjang tempoh itu belum lagi matang dan terdapat lagi kekurangan yang belum ditunjukkan oleh pasangan kamu.

3. ATAS DASAR KAWAN
- Elakkan bercinta dengan pasangan kamu kerana termakan pujukan rakan. Jika si jejaka orang yang elok dan bertanggungjawab maka tidak mustahil untuk kamu memilihnya. Tetapi jika si teruna jenis yang bermasalah sedangkan waktu itu kamu sudah berpasangan dengannya maka kamu yang akan menyesal kelak.

4. PERCUBAAN
- Perkara ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana bercinta bukannya perkara mainan yang boleh dicuba-cuba. Kadangkala tabiat ini akan membuatkan kamu jatuh cinta kepadanya tanpa disangka-sangka sedangkan dari mula perkenalan kamu memang tidak mahu menjalin apa-apa hubungan dengannya.

5. KESAN NEGATIF
- Kamu akan berada di dalam dilema dan kemungkinan mendapat tekanan kerana kecelaruan perasaan antara suka dan simpati serta merosakkan hubungan antara kamu dengan lelaki berkenaan yang sebelum ini merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah serius.

gambar hiasan :)


No comments:

='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/emotionicon.js' type='text/javascript'/>