Mata yang sembab, kelihatan bengkak dan lingkaran gelap merupakan masalah yang sering menghantui setiap wanita.. Langkah terbaik untuk mengekalkan kecantikan mata adalah bermula dari cara penjagaannya..
BERSIHKAN SOLEKAN
Sebelum tidur, pastikan solekan mata anda dibersihkan dengan sempurna.. Jika tidak dibersihkan, pori-pori kulit akan tersumbat. Sebaiknya, bersihkan dengan menggunakan pembersih khusus atau susu pembersih..kerana mata amat sensitive berbanding bahagian wajah yang lain.. Kemudian, sapukan krim khas bagi merawat mata anda ketika tidur.
LINDUNGI MATA DARI SINAR UV
Jika anda terdedah pada cahaya matahari, pastikan anda menggunakan paying atau kaca mata yang mempunyai penapis sinar UV.. Sinaran UV secara berlebihan boleh mempercepatkan kedutan kulit pada bahagian mata anda..
MINUM AIR PUTIH
Bagi mencegah kedutan pada mata, minum air ptih dengan banyak terutamanya jika cuaca terlalu panas, terlalu banyak bergerak atau ketika berada di tempat berhawa dingin.. Kandungan air secukupnya boleh mencegah kulit menjadi kering dan cepat berkedut..
MAKAN BUAH2-AN & SAYUR2-AN
Kandungan mineral, vitamin serta serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan nutrien berguna untuk kecantikan mata.. Kandungan vitamin C dapat membantu pembentukan kologen yang mampu menambah keanjalan mata..
KEBERSIHAN TANGAN
Bagi mengelakkan berlakunya iritasi pada mata, pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh mata.. Biarpun mata terasa gatal, jangan menggosoknya terlalu kuat dan kerap.. Seeloknya, gunakan penyegar mata untuk maengatasi kegatalan tersebut..
KAEDAH TRADISIONAL
Anda juga boleh menjaga keindahan mata dengan kaedah tradisional.. Antaranya meletakkan potongan kentang, timun atau tomato.. Letakkan pada mata sekurang-kurangnya 15 minit.. Untuk melancarkan peredaran darah, sapukan air batu pada sekeliling mata anda..



No comments:
Post a Comment